Pengalaman Temuduga Biasiswa JPA

Assalamualaikum…

Pertama sekali ingin saya katakan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini. Sememangnya perkongsian idea, pengalaman dan maklumat sangat dialu-alukan.

ok lah .. Sebenarnya saya nak cerita sikit tentang pengalaman saya menghadiri interview jpa pada 14 April 2008. Kalau semua nak tahu saya dapat panggilan temuduga ni bagi orang-orang yang tak hadir masa temuduga 1-4 April. Jadi rasa cam bernasib baik sangat arr dapat panggilan daripada JPA. Ceritanya mula camni, masa result panggilan utk temuduga JPA kuar kat internet saya tak cek pun last-last masa tengah test kereta kawan bagitau dia dah pegi temuduga JPA. Masa tu kecewa gak lah rasanya tapi petang balik sahaja dari test keta tu, saya dapat panggilan telefon supaya saya hadir temuduga pada 14 april, pastu orang tu dia suruh saya jawab ujian PILN online kat website JPA. Alngkah gembiranya hati saya bila dapat tahu yang ada peluang kedua.

kemudian saya pun terus pergi buka internet cari pengalaman orang temuduga JPA atau mara macam yang anda sedang lakukan ni. Malam pertama selepas panggilan JPA tu saya tak boleh tidur, hati berdebar jerr, mak saya asyik lah suruh bertenang tapi saya tak gak boleh bertenang. Next day saya online lagi cari maklumat pasal course yang saya nak amik tu. Saya nak amik Technical Engineering kat Jepun. So saya carilah maklumat pasal jurusan tu dan cari maklumat pasal negara jepun. Lepas dah dapat semua maklumat tu saya cari lah pulak maklumat pasal JPA, objektif, misi, visi manalah tau kot-kot kena tanya.

Malam sebelum temuduga, saya cuba hafal semua maklumat yang saya dapat. Pastu makcik saya ada sms dan call cakap pasal keperluan utk temuduga sebab dia ketua temuduga untuk biasiswa petronas. Saya pun teruslah rangka pengenalan diri. Sejam pastu saya tidur dengan hati yang tak berapa nak tenteram.

Pagi temuduga tu saya bangun awal sebab nak bertolak cepat gi PICC, Putrajaya. Saya sarapan kat restoran mamak kat dengkil. Sampai je kat PICC tu saya terus ke main lobby. Masa tu petugas JPA tengah tampal senarai nama kat whiteboard. Peserta temuduga pun teruslah berpusu-pusu kat whiteboard tu. Lepas tandatangan saya terus masuk ke ruang menunggu sebab saya punya interview kul 8.00 pagi. Huhh giler arrgh tetiba aja nama saya dipanggil. Nombor giliran kelima tapi masuk group no 1 yang kena temuduga.

Dalam bilik temuduga tu ada tiga orang 2 pompuan, sorang laki. Yang lelaki tu nampak rileks ajer tapi yang sorang pompuan ni macam nak makan orang. Sorang lagi pompuan dia mengadap laptop. Kami berenam disuruh perkenalkan diri dalam bahasa inggeris. Lepas tu dia ada bagi tajuk untuk jawab . Tajuk yang saya dapat ialah National Automotive Industry, We need it or not? Pastu sorang-sorang kena jawab. Lepas ajer habis sesi tu dia bagi lagi group discussion pasal “The Secrets of Success in life.” “Time Managements” .Kitorang diberi masa 3 minit untuk bincang pastu sorang –sorang kena bagi points and elaborates.

Habis saja group discussion tu dia kata “Alright, this is the end of our session. You may take your certificates and go out now.” Hah dah habis..??? rasa cam tak percaya aja. Tapi itulah hakikatnya. Masa kat dalam tadi rasanya saya perform ok kot tapi tak tahulah cam ne keputusan panel. Adalah rasa tak puas hati sikit dekat penemuduga yang perempuan ni (banyak Tanya dan kerek sangat pastu suka provoke orang). Saya pun keluarlah dengan hati yang lega tapi mama dan abah saya cakap muka saya cam orang gabra masa keluar. Tapi takpe itu semua dah lepas. Kitorang balik pukul 9.30 … Yang menghairankan temuduga tu cepat sangat sebab tak sampai satu jam.

Tips Temuduga JPA

1.       Pakaian lelaki >>> baju kemeja lengan panjang, bertali leher, seluar slack, kasut kulit, blazer (penting!!!)

2.       Cara jalan kena bergaya sikit (Ada markah untuk perwatakan & potensi)

3.       Cari maklumat tentang course yang anda ambil sebab dia conform akan Tanya

4.       Cari maklumat pasal Negara yang anda pilih (program PILN) sebab dia pasti akan Tanya pasal serba sedikit tentang Negara tu.

5.       Practice cara duduk yang betul

6.       cuba relax dan lapangkan minda

7.       sebut jawapan satu per satu

8.       Mula introduce diri dengan bagi salam/ucap selamat

9.       hafal maklumat pasal JPA (mungkin ditanya)

10.   Practice cakap inggeris

Setakat ni itu sahajalah yang saya dapat tulis tapi saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang ingin pergi ke temuduga biasiswa JPA/MARA/Petronas/NST dan sebagainya. Bagi biasiswa lain semuanya lebih kurang sama. Bagi sesiapa yang membaca artikel ini doakanlah kejayaan untuk saya iaitu Muhammad Taufik B. Mohd Zaman dalam sebarang pekerjaan yang saya lakukan. AMIN……

 

13 Responses to Pengalaman Temuduga Biasiswa JPA

  1. muzz berkata:

    Salam…bro,
    Tq coz bg tip2 intrview…
    nk tnye skit bole x, time intrview ptronas 2 die tnye ap???
    kasila tip2 skit.
    tq, slmt hr ry….

  2. farahin berkata:

    saya doakan insyaALLAH… saya pun mohon biasiswa jpa gak…doakan saya gak ye..-spm2008-

  3. norain berkata:

    penat betul carik tipa temuduga..so,jumpe pun yang related ngan biasiwa yg saye mintak..so,saye copy pengalaman ini di blog saye untuk memudahkan rakan2 seperjuangan saye untuk menimba tips berguna..tq!

  4. harun yus berkata:

    hullo..thanx bro 4 d in4!sy nak pegi temu duga MARA 13 april 09 nih..x tau la nak wat cam ne,,

  5. kamal berkata:

    salam bro,,
    thankx kongsi pengalaman interview n tips2 nak pergi interview..
    blazer perlu ke? hmm,, doakan la kesejahteraan kita umat islam bersama ya..
    ok, salam

  6. kami2orang berkata:

    semoga berjayya!! AMINNNN…=)

  7. peyuz berkata:

    saye dpt gak g intrview utk kjuruteraan jpun nnti,,,brdebarnye.skang ni baru nk prepare.wakaka

  8. azwatuul murni berkata:

    time kaseh.. sye kene pegi interview jpa 12 april 2011.. sangat takut nie.. erm, nk tanye la, mmg fully in english ke.. erm,lagi satu, yg psl group discussion tue, bley bncng senyap2 tak dengan ahli2 yg len.. ke kene wat sndiri.. harap, bley bls secapt mungkin ke eml sye..

  9. Wanda berkata:

    Virtually all of what you articulate is astonishingly precise and it makes me wonder
    the reason why I hadn’t looked at this in this light before. This particular piece really did switch the light on for me personally as far as this particular subject goes. Nonetheless there is one point I am not really too comfortable with so while I try to reconcile that with the actual main theme of your position, permit me see what the rest of your visitors have to say.Nicely done.

  10. blogs.yis.ac.jp berkata:

    Excellent way of telling, and nice piece of writing to obtain data on the topic of my presentation subject matter,
    which i am going to convey in university.

  11. nurul hanim berkata:

    thank you bang.. ^^

  12. anis azmi berkata:

    apa itu National Automotive Industry?
    and how do you answered it?

Tinggalkan Jawapan kepada muzz Batal balasan